Pak Bakaq mengamok lagi....SABAQ!!!

Barang naik: Najib tak puas-puas buat dajal kat kita, rakyat

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN - barang naik) yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak tak puas-puas buat dajal kat kita. Itu fakta sahih. Bagi tau semua orang. Nampak sangat kerajaan Umno Najib yang bongok memerintah negara dah sampai ke peringkat gila dan gian sangat serta lazat sangat nak buat dajal kat kita, rakyat.

Dajal terkini yang kerajaan Umno Najib buat kat kita bermula dengan "Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan". Dah dasar ketagih dan gian mendajalkan rakyat. Dajal yang dengan sedap dibuat oleh Najib kat kita tu menular-nular bila pakar ekonomi kata harga makanan akan turut naik.

Kerajaan Umno Najib terus buat dajal kat kita bila dilaporkan "Tiada kenaikan tarif bagi bil yang kurang RM77". Bayangkan berapa ramai yang tertipu dan ingat mereka tak terlibat dan tak didajalkan oleh kerajaan Najib.

Hello, bil letrik rumah hampa mungkin tak naik kalau kurang RM77. Tapi bil letrik di kedai, supermarket, gudang, kilang dam entah apa benda lagi yang jenis-jenis tu semuanya naik. Hampa ingat depa nak tanggung semua tu? Hampa la, pengguna, yang kena tanggung.

Pengumuman berita tu hakikatnya ialah dajal yang paling dajal yang kerajaan Umno Najib buat kat kita.

Dan, buat dajal kat rakyat kerajaan Umno Najib makin naik darjah bila depa guna barua-barua tak bermaruah untuk mengasari kita kalau kita membantah. Maklumlah, lepas ni kerajaan Umno Najib nak buat dajal lagi.

Aku malas nak cakap fasal IPP. Aku malas nak cerita bab TNB bodoh berniaga atau dipaksa buat bodoh dalam urusniaganya. Berapa kali cakap pun jenis buta perut tak reti-reti bahasa. Aku malas tanya berapa untung TNB.

Aku malas nak tanya ke mana dan untuk tujuan apa duit yang dijimatkan dari pemotongan subsidi digunakan. Aku malas nak tanya projek bangang mana yang bersedap-sedap dari subsidi yang direntap dari kita.

Hari ni, aku malas dah semua tu. Yang aku tau nak cakap kat semua orang yang aku jumpa ialah kerajaan Umno Najib tak puas-puas buat dajal kat kita.

Macam mana Najib buat dajal tak habis-habis kat kita? Semuanya bermula kerana dia bongok memerintah. Dia bodoh, tapi nak jadi Perdana Menteri jugak. Banyak sungguh pemimpin politik atau presiden parti yang perangai lagu tu. Bodoh, tapi berdegil nak duduk di atas. Bila dah bongok, bertimbun-timbun beban akibat kebodohan Najib. Bila jadi lagu tu, lagi la dia tak tau nak buat apa. Dia panik. Bila dah panik tak tau nak buat apa, dia main hempuk ja semua beban atas kepala kita, rakyat. Bini dia terus senang lenang. Tengok sendiri la lifestyle depa. Apa lagi istilah kalau bukan jahat namanya. Jahat sungguh.

Saya ulang lagi: Pi bagi tau semua orang, Najib bodoh memerintah. Bila dia bodoh, beban negara bertimbun. Bila beban bertimbun, dia main hempuk ja atas kepala kita, rakyat. Bodoh dah naik darjah jadi jahat.

Hampa nak dengar lagi pembohong Umno yang konon nak pertahan bangsa? Dah puas depa pelingkup Melayu, konon nak pertahan bangsa. Hampa pilihlah, nak dibodohkan Umno konon nak pertahan bangsa atau nak pertahan duit dalam poket hampa? Jangan la nak lupa pula, kemiskinan mendekati kekufuran.

Bila Umno menang lagi, subsidi dia rentap lagi sampai nafsunya puas. Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST dia akan buat. Harga barang terutama barang makan akan semakin gila dan mengamuk.

Pak yet-pak yet kepala-kepala bongok Umno akan kata: Awat, orang lain perintah harga barang tak naik? Itu baru pertanyaan, andaian dan baru pada peringkat benda yang depa teringin sangat nak tengok. Tetapi yang jelas dah kita dok tengok dan perit menanggung sekarang ialah kerajaan Umno Najib dah gila sakan menghempuk semua jenis beban atas kepala kita.

Hampa pilihlah sendiri. Nak dibongokkan dek Umno yang dipimpin oleh Najib yang bongok - konon-konon nak jaga bangsa - atau nak jaga duit dalam poket hampa?

(Terima kasih tak terhingga kepada semua yang berihsan, menziarahi dan bersimpati sepanjang saya berada di CCU dan wad 19 HKL. Selasa malam Rabu lalu, mula-mula kena serangan jantung ketika berada di Hauzah ar-Ridha, saya ingat nak mati dah. Tak pernah kena macam tu. Tu pertama kali. Dalam rasa nak mati dah, jauh dalam hati, saya rasa bersyukur kerana akan mati di rumah Imam Ridha. Tengok-tengok tak mati-mati lagi. Dalam kesakitan itu, cepat-cepat saya turun tangga dan memandu ke rumah. Sampai ja depan pagar rumah, terus telefon dan keriau kat anak minta tolong hantar ke hospital. Sampai di bahagian kecemasan HKL, selepas depa buat ECG, terus depa hantar saya ke posisi katil kecemasan di mana kekasih hati saya, Muhammad Sadiq dibaringkan dulu. Tapi masa tu saya dok rasa umur saya panjang lagi. Rasa tak tak semestinya tepat, tapi itu la yang saya rasa. Lepas semua proses di situ, dalam pukul 2.15 pagi, terus depa hantar ke CCU. Terima kasih yang teristimewa kepada Anizah, isteri adik ipar saya)

COPY & PASTE dari penarikbeca.blogspot.com

Comments

0 Responses to "Pak Bakaq mengamok lagi....SABAQ!!!"

Post a Comment

the truth is

when law was made, it was meant to be enforced and abide

Recently typed

Recent Comments